Azam & Aqil

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

February 19, 2010

PETUA - Isteri-isteri sentiasa dara



ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra


Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar
sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam
Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk
diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca
Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah
ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat
dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan
rumahtangga.


Makna surah
Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak
pernah disentuh).

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya
umurnya.

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak
kanan.


February 11, 2010

~by NadiyaMakeOver~







sesiapa yang nak pergi function ka,kawen ka,tunang ka...boleh la contact nadiyamakeover.blogspot.com

February 9, 2010

Diam


Tanpa berbicara,
Untuk apa?
Fikiran melayang,
Hati tenteram,
Bait kata,
Amat tajam maknanya,
Lebih dasyat dari sebilah pisau yang diasah kilat,
Menghunus ke dada,
Menikam perit,
Jangan disangka,
Lidah yang lembut,
Amat hebatnya dari sebilah keris ,
Kata bicara,
Bisa menghancurkan hati nurani,
Perit….
Lebih baik diam seribu kata.


February 8, 2010

sepi


sepi itu indah,
sepi itu tenang,
sepi itu misteri,
kadang-kadang
sepi itu menyedihkan
kadang-kadang
sepi itu mengelirukan,
sepi….?

February 3, 2010

Itulah Kehidupan


Tatkala mentari menjengahkan diri,
Memberi cahaya menerangi bumi,
Ketika itu jugala,
Kita berkejaran,
Menjalankan tanggungjawab,
Berusaha keras,
Seolah hidup seribu tahun lagi,
Membanting keringat, mencari nafkah,
Jangan pula alpa,
Azan dialun memuji Tuhan,
Sujud kusyuk menyembah Ilahi,
Bagaikan esok kita kan pergi,
Itulah kehidupan…….
Bila bulan mengganti mentari,
Tirai malam melabuhkan diri,
Lampu neon menerangkan langit,
Menyimbah cahaya dengan bangganya,
Keringat dibanting sepanjang hari,
Kini masa memanjakan diri,
Hari esok pasti kembali,
Mengejar tanggungjawab tak pernah henti,
Itulah kehidupan ini…………….

February 2, 2010


angin meniup,
menyapa ke raut wajahmu,
mata terpejam rapat,
bibir terkunci,
tenang........
di dalam tidurmu.....
tiada gambaran kata-kata,
di hati ini,
aku menyayangi mu,
bagai bunga berkembang di pagi hari,
tidak pernah sekalipun layu,
kasih ku terhadapmu.....

~untuk anak ku aqil arafat dan suamiku noor azam~